NERV Pod Again!

Ceritanya bermula bila pagi tadi, kami menghantar Alya ke stesen bas Kulim. Rancangannya untuk terus ke Jakel Sungai Petani selepas itu. Bas ke Shah Alam, Persada Ekspress sepatutnya sampai pukul 11 pagi tapi kami diberitahu yang bas berkenaan rosak dan delay ke 1 pm.

Memandangkan masa masih panjang, kami ke Kulim Landmark dulu. Itulah last sekali aku perasan mod vape aku sebab aku ingat aku ada vaping di parking lot Kulim Landmark tu. Jadi selepas menghantar Alya ke stesen bas balik pukul 1 pm, kami terus ke Sungai Petani dan pada masa itulah aku sedar yang vape aku hilang.

Nak tak nak, aku terpaksa beli yang baru. Alang-alang nak beli baru, aku fikir elok juga aku cuba mod yang lain. Aku memang dah shortlist kan Caliburn dari Uwell sebab so far, ini lah mod yang dominate the scene bila kita bercakap pasal pod vape.

Selepas aku tengok review di Youtube pasal Caliburn ni, dia masih tidak membuatkan aku impressed. Kalau di bandingkan antara Caliburn dan NERV, dari segi kapasiti bateri, NERV lebih besar dengan 650 mAh berbanding dengan Caliburn yang hanya 520 mAh. Bagi aku, kapasiti bateri adalah faktor yang paling penting dalam memilih vape mod tidak kira apa jenis sekali pun.

Yang kedua, Caliburn menggunakan open system; bermaksud kita boleh guna E-liquid pilihan kita untuk digunakan bersama pod Caliburn ni. Manakala bagi NERV pula, ia menggunakan closed system. Pod yang disediakan dari NERV ini telah pun di isi dengan E-liquid (prefilled). Bagi aku, ia terpulang pada pilihan masing-masing. Aku personally dah pernah guna beberapa open system vape mod seperti Orion DNA, Aspire Breeze 2, dan SMOK Nord. Setiap mod yang aku pakai ni mempunyai kelebihan masing-masing cuma buat masa sekarang, aku lebih prefer untuk menggunakan closed system sebab ianya mudah dan lebih mudah untuk dibawa travel. Just plug and play. Setakat ini aku berpuas hati dengan flavor yang ditawarkan oleh NERV, dengan 11 flavor yang berlainan untuk di pilih. Kalau vape mod canggih tapi liquid tak kena dengan citarasa kita pun tak guna juga kan?

Ketiga adalah rupa fizikalnya. Apa yang aku rasa paling win untuk NERV adalah ia mempunyai LED yang akan menyala menunjukkan kapasiti bateri setiap kali kita vape. Ia terbahagi kepada 3 warna : Hijau (61% – 100%), Biru (16% – 60%) dan merah (15% – 0%). Setakat ini, NERV tiada masalah untuk deliver perfomance yang terbaik untuk daily vaping aku walaupun bateri di paras pertengahan. Selain itu, NERV ini juga mempunyai rekaan mouth piece yang sangat selesa dan badannya fits well di tangan.

Sistem utama NERV menggunakan draw activated firing mechanism. Manakala Caliburn pula mempunyai sistem yang sama dan ditambah juga dengan firing button system bagi mereka yang lebih selesa menggunakan button seperti vape mod yang lama. Orang yang malas, nak cepat dan mudah macam aku ni memang amat suka dengan draw activated ni. Secara keseluruhan, aku still rasa yang NERV nampak lagi sleek dan classy.

NERV by Vaporboy. Nampak cool kan?

Akhir sekali, kita tengok sikit pasal company behind the mods. Caliburn merupakan pod vape dari Uwell. Seperti yang sesetengah orang tahu, Uwell ni bukanlah nama yang asing dalam industri rokok elektronik. Tidak hairanlah Caliburn mempunyai rating yang tinggi di kalangan vape reviewer. NERV pula adalah vape mod dari Vaporboy, orang Malaysia! Tapi design dan device mereka di daftarkan dan di patenkan di London, UK. Secara jujurnya, ini yang membuatkan aku teruja kerana ada company local kita yang berjaya menghasilkan vape mod yang bagi aku sangat impressive dari pelbagai segi yang aku ceritakan di atas. Walau bagaimanapun, aku masih rasakan yang NERV ni still under rated. Tapi aku percaya mereka still keep on improving sebab aku dapat lihat perkembangan NERV pod version 2 yang baru dilancarkan pada Mei lepas yang lebih bagus. Keep up the good work Vaporboy!

Aku membuat keputusan untuk terus kekal bersama NERV. Same device, same colour. Starter kit pada harga RM 155.

NERV pod container dari pandangan hadapan

NERV pod container dari pandangan belakang dengan pilihan warna yang ada. Tetapi Vaporboy baru melancarkan 3 warna baharu (gold, red, green) neon edition.

Setiap container didatangkan dengan user guide, warranty card, pod, cable dan cleaning brush. Setakat ni aku google, cleaning brush tu untuk membersihkan lampu LED pada body mod tapi setakat ni aku tak pernah guna lagi dan LED mod aku works perfectly fine cuma ada habuk yang sangat minimal.

Setiap pembelian starter kit akan di berikan 4 pod yang berlainan flavor.

Ini adalah pod yang diberi percuma pada awal bulan ini untuk pengguna NERV 10,000 yang terawal. Cuma ada 3 flavor baru yang tidak disertakan.

Untuk kali pertama, aku tercicir vape dan untuk kali pertama juga, aku beli mod vape yang sama sebab aku sangat berpuas hati dengan mod ni. Harap-harap lepas ni tak cicir lagi la.

Leave a comment