Trip Candat Terengganu : Day 2

Pada pagi itu, kami bangun dengan begitu semangat walaupun hanya sempat tidur beberapa jam sahaja. Kami bergerak ke rumah Senyum yang terletak berhadapan dengan homestay kami. Disana kami di jamu dengan laksam, laksa, pulut panggang dan Nescafe panas. Pada awalnya, kami rancang untuk bersarapan di kedai berhampiran dengan homestay namun ibu Senyum telah menyediakan sarapan lebih awal. Masing-masing makan dengan penuh selera. Fathi yang sedang menikmati laksam pinggan yang kedua jadi endah tak endah bila diajak berbual.

Selesai sarapan, kami mengambil keputusan untuk ke Pasar Payang. Ada dua sebab utama kenapa kami ke situ. Yang pertamanya adalah kerana bos ingin mencari baju kelawar untuk isterinya. Yang kedua pula, Fathi ingin mencari durian. Semuanya berpunca dari hasil tulisan aku mengenai durian di website kami tempoh hari.

Cuaca pada tengahari itu agak panas dan keadaan berhampiran di Pasar Payang agak sesak. Mungkin disebabkan keadaan jalan yang kecil kerana Bazaar Warisan sedang dalam proses baik pulih. Akhirnya kami parking betul-betul berhadapan gerai menjual durian.

Pada fikiran kami, lebih elok jika kami selesaikan urusan di Pasar Payang sebelum berehat menikmati durian. Urusan di Pasar Payang berjalan dengan lancar. Bos berhasil membeli baju kelawar yang dicari. Fathi pulak sempat mencari baju batik dengan alasan senang nak menghadiri majlis korporat. Kami pula hanya membeli sedikit buah tangan berupa t-shirt bertemakan Terengganu. Daim yang orang Jerteh pun tak terlepas.

Setelah selesai, kami menuju ke kedai durian seperti yang sudah dijanji. Bab pemilihan durian ni memerlukan kepakaran kerana durian itu sendiri mempunyai beratus-ratus jenis dan tak semuanya sama. Dalam memilih durian, pelbagai faktor perlu diambil kira seperti beratnya, bentuknya dan paling penting baunya. Tidak disangkal lagi, aku lah orang yang mempunyai skil-skil tersebut. Maka dengan rela hati, aku menggalas tanggungjawab untuk memilih durian pada hari itu.

Menikmati durian di Pasar Payang

Fathi dan Din berpuas hati dengan durian D24.

Dalam pukul 1.30 petang, kami bergerak ke kedai TCE Tackles yang terletak di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu. Masing-masing sibuk memilih squid jig untuk dipertaruhkan malam nanti. Hanya Bos yang melabur modal yang agak tinggi dengan membeli joran dan mesin pancing. Katanya baru ada feel nak mencandat. Tidak lama kemudian, Pejo dan Hakimi pun tiba di kedai yang sama, melengkapkan trip mencandat kami. Dalam pukul 3 petang, kami bergerak pulang ke homestay untuk memperkemas joran masing-masing dan berehat mengumpul tenaga untuk acara mencandat.

Berbincang formasi mencandat di depan kedai TCE Tackles

Hanya 1 jam lebih sahaja lagi sebelum kami bergerak ke jeti Marang. Tiba-tiba, kami mendapat khabar yang kurang baik. Tekong yang sepatutnya membawa kami ke laut menarik diri last minute atas alasan keadaan ombak yang kuat. Kami jadi tak tentu arah, takut kalau-kalau trip ini tak dapat diteruskan. Senyum selaku orang tempatan di Marang berusaha keras untuk mendapatkan bot lain sebagai pengganti.

Akhirnya, kami bertemu dengan tekong yang sudi membawa trip kami. Namanya Pok Li. Nak dijadikan cerita, Pok Li ini jugalah tekong yang membawa trip Hakimi tahun lepas. Serta-merta kami berbual mesra seperti sudah lama kenal.

Aku dan pemancing tegar yang kalah bau diesel, Hakimi

Muka-muka confidence di saat bot baru mula bergerak

Bos sempat bergambar untuk orang tersayang di rumah

Di pertengahan jalan ke kawasan candat. Daim cuba mengira bintang untuk mengurangkan mabuk

Bot kami tiba di lokasi mencandat

Memang betul kata pepatah Melayu lama : “Lautan dalam jangan di duga”

Belum pun tiba di kawasan mencandat. Daim tewas di telan badai yang yang menggila. Tidak ada apa yang boleh dia lakukan selain dari muntah, baring, dan kembali muntah, repeat. Din pula sudah tidak responsive dengan segala pertanyaan. Bibirnya biru, pucat menahan mabuk laut. Perkara yang sama juga terjadi pada Mamu dan Senyum. Mereka hanya mampu berpaut pada tong ikan tanpa berkata apa.

Kami teruskan juga misi mencandat kami. Semua yang masih survive pada waktu itu terus mengeluarkan joran dan memulakan misi memburu sotong jarum. Seperti yang aku jangka, aku tidak memerlukan masa yang begitu lama untuk mendapatkan hasil. Tidak sampai seminit, aku mendapatkan strike yang pertama. Din hanya mampu membantu menanggalkan sotong dari jig di tepi bot.

Selang beberapa minit kemudian, seorang demi seorang tumbang lalu rebah ke lantai bot. Semuanya seperti akur, mengalah dengan kehendak alam yang tidak simpati pada kami. Akhirnya hanya tinggal aku, Fathi dan Bos.

Fathi dan Bos berjaya mendaratkan seekor sotong masing-masing. Begitu juga Pejo, dia pun sempat mendaratkan seekor sotong sebelum rebah di bilik simpanan life jacket. Aku pula berhasil mendaratkan tiga ekor sotong. Akhirnya hanya tinggal Bos seorang yang masih steady bersama joran baru yang dibeli petang tadi. Dalam pukul 12.15 pagi, kami mengambil keputusan untuk pulang ke jeti kerana tiada apa yang mampu kami lakukan lagi di atas bot. Ombak semakin deras menghentam, menyebabkan bot kami terumbang-ambing lebih dari 1 meter.

Fathi dengan hasil tangkapan yang pertama dan terakhir

Kami di uji sekali lagi apabila bot yang kami naiki mempunyai masalah enjin. Pok Li memberitahu yang enjin kehabisan minyak hitam kerana leaking. Dari jauh kami dapat melihat satu persatu bot lain telah bergerak meninggalkan kawasan candat. Pok Li cuba menghubungi bot-bot terdekat namun segalanya sia-sia kerana line tak berapa elok.

“Macam mana Pok Li? dapat ke contact bot lain?” aku bertanya kepada Pok Li yang duduk bersandar di pintu bilik kapten.

“Nampak gaya ni, Subuh baru kita boleh balik.” Ujar Pok Li sambil menghembus asap rokok SAAT.

“Ok lah Pok Li. Kalau macam tu saya nak lelap kejap di depan bot.”

Sedang aku lena di depan bot, aku merasakan yang bot kami mulai bergerak. Rupa-rupanya Pok Li berjaya mendapatkan bantuan bot lain. Bila dengar bot dah boleh jalan, masing-masing bangun tersengih tanda lega. Dalam pukul 2 lebih pagi, akhirnya kami selamat pulang ke jeti.

Kami tiba di Jeti Marang pukul 2 pagi

Masing-masing perut dah lapar. Mana tidaknya, habis semua nasi, kuah laksa, budu, durian D24 hanyut di tengah laut. Jadi kami pun singgah di warung berdekatan. Aku dan Hakimi tak bagi can, kami order nasi minyak dengan ayam merah. Makan nasi minyak pukul 2 pagi memang rare, di Terengganu je ada. Kami duduk berbual dengan Pok Li perihal laut dan selok belok mencandat.

“Korang ni kira ok lagi tau. Korang nampak yang duduk satu kumpulan tu?” Pok Li bertanya pada kami sambil menuding jari ke arah sekumpulan pemancing lain.

“Diorang tu lagi teruk. Satu bot ramai-ramai tu dapat 1 ekor je” ujar Pok Li seraya menghirup teh o panas.

Hampir pukul 3.30 pagi, kami pun bergerak pulang ke homestay bersama 6 ekor sotong, hasil tangkapan yang tak seberapa.

Trip Candat Terengganu : Day 1

Setelah beberapa tahun merancang dan diakhiri dengan kecundang di saat-saat akhir oleh faktor kerja dan keluarga, akhirnya tahun ini dapat juga kami merasa pengalaman mencandat sotong di Terengganu. Itu pun kira last minute punya confirmation. Ini semua idea Fathi. Dia kata, kalau nak tunggu semua confirm, memang plan ni akan terkubur begitu saja seperti tahun-tahun yang lepas.

Jadi kami bertolak ke Terengganu pada Jumaat (28 Julai 2019). Aku dan Fathi yang bekerja di pejabat yang sama terus menuju ke rumah aku yang terletak di Kulim sementara menunggu Din dan Daim yang datang dari Lumut. 6.15 petang, mereka pun tiba. Tanpa berlengah masa, kami mula memuatkan kereta dengan barang-barang yang ingin di bawa. Berbekalkan 2 batang joran, aku yakin yang aku bakal mendaratkan sotong jarum paling kurang 2 kilo bagi kategori pencandat amatur.

Menyusun barang ke dalam kereta

Sebelum bertolak, kami menjamu selera di rumah. Entah kenapa maam besar tiba-tiba volunteer pada hari itu untuk menyediakan juadah nasi ayam. Katanya, di sepanjang jalan Gerik tu tak ada kedai makan. Ini yang buat aku lebih confuse. Padahal dia sendiri pun tak pernah lalu jalan Gerik tu. Inilah yang orang panggil, confidence level tinggi.

WhatsApp Image 2019-06-28 at 3.43.15 PM

Menghitung masa nak keluar pejabat

Daim dan Din dalam perjalanan dari Lumut menuju ke Kulim

Tepat pada pukul 7 petang, kami memulakan perjalanan. Seperti yang ramai sedia maklum, jalan Gerik tu memang bahaya. Lebih-lebih lagi bila waktu malam. Kalau nasib tak berapa baik, kadang-kadang boleh jumpa gajah melepak di atas jalan raya. Jadi, kami memerlukan seseorang yang handal mengendalikan kenderaan, seorang penyabar dan mempunyai skil pemanduan yang tinggi. Tak syak lagi, aku lah orang yang menepati ciri-ciri tersebut. Maka aku merupakan driver yang pertama dalam perjalanan kami ke Marang.

Sampai di Kuala Ketil, kami singgah sebentar di Masjid Kampung Kejai bagi menunaikan solat jamak Maghrib dan Isya’. Bak kata orang, kalau dah selesai urusan tuhan ni, baru lah lega nak buat urusan yang lain. Selesai solat, aku terus ke kereta bersama Din. Fathi pula hilang ke tandas manakala Daim pulak terkulat-kulat di pintu masjid, di tarbiah oleh ustaz tabligh. Aku dan Din hanya mampu usha tajam dari dalam kereta.

Kami pun meneruskan perjalanan yang masih panjang. Aku dah target yang kami akan tiba di Marang dalam linkungan pukul 2 pagi. Di sepanjang perjalanan, Fathi lena dibuai mimpi di seat belakang. Din pula sekejap lena, sekejap bangun; kadang kala mengiyakan perbualan aku dan Daim. Apa yang dia iya kan, aku pun kurang pasti. Hanya tinggal aku dan Daim yang rancak berbual tentang bermacam-macam perkara. Sekejap perihal keluarga, sekejap perihal kerja. Maklum saja lah, sekarang masing-masing dah berkeluarga dan duduk pula jauh-jauh.

Din yang tewas awal

Sampai di jalan Gerik, jalan agak berkabus. Nasib menyebelahi kami malam itu kerana tak banyak lori yang menghalang jalan. Tiba-tiba aku teringat pasal gajah. Memandangkan Daim ni orang Terengganu, maka aku fikir dialah orang yang paling layak untuk menceritakan perihal gajah ni. Aku pun bertanya :

“Daim, memang selalu sangat ke orang terserempak dengan gajah area ni? Besar mana gajah tu?”

Besar jugak lah. Besar lagi dari kereta.

Daim, Jalan Gerik, 2019

Fathi yang lena jadi bangun. Din pulak jadi hot serta merta sambil menyiku tingkap kereta bila dengar penjelasan yang tak berasas dari Daim. Apa dia ingat kami ni tak belajar sains ke masa sekolah rendah dulu? Fakta yang begitu mudah, murid sekolah tadika pun tahu. Daim will always be Daim; mengundang tak habis-habis.

Selepas melimpasi kawasan Gerik, kami melintasi Tasik Temenggor di kawasan Pulau Banding, seterusnya memasuki sempadan negeri Kelantan. Masa ni Daim dah macam hilang pedoman menahan mengantuk. Silap hari bulan, kepala boleh terhantuk ke dashboard. Aku pun menyarankan Daim untuk tidur saja merehatkan mata. Aku meneruskan pemanduan dengan komited seorang diri menempuhi Jeli, Machang dan seterusnya ke Jerteh sebelum menyusuri jalan pesisir pantai untuk ke Marang. Sesekali aku mendendangkan bait-bait lagu Jamal Abdillah sebagai peneman kerana isyarat radio kurang baik. Sampai di Jerteh, kami singgah sebentar di 7-Eleven.

Jam menunjukkan pukul 1.20 pagi. Setelah selesai membeli kopi dan menghilangkan lenguh, kami meneruskan perjalanan. Di pertengahan jalan, Daim menyarankan kami untuk mengikut jalan pesisir pantai dengan alasan jalan tersebut lebih tenang dan kurang selekoh. Kami jadi acuh tak acuh dengan cadangan Daim. Namun kami akur juga akhirnya selepas Daim berkali-kali menegaskan bahawa dia anak jati Jerteh dan hal ehwal jalan di Terengganu adalah peanut baginya. Aku sebagai driver terus membelok ke arah jalan Chalok-Telaga Papan. Di sepanjang jalan tersebut, hanya ada satu kereta sahaja yang kami nampak. Din mula rasa tak sedap hati. Tidak lama kemudian, kami terlihat papan tanda yang menunjukkan arah Merang.

“Kita nak pergi Marang. Bukannya Merang. Kau macam dah salah jalan je ni?” ujar Din dengan nada sedikit keras. Mungkin kerana dah panas badan minum tongkat ali power root.

“Betul lah jalan ni. Aku dah biasa lalu dah dengan bapak aku. Kau terus je lagi” Jawab Daim sambil mata meliar ke kiri kanan. Apa yang dia cari, aku pun tak berapa pasti. Yang pasti dari raut wajah dia nampak macam dah tak berapa confidence.

Di penghujung jalan, kami tiba di simpang tiga. Akhirnya kami sampai ke jalan pesisir dengan papan tanda menunjukkan arah Marang. Daim hanya mampu menarik nafas lega, sementara Din pura-pura tidur. Apabila kami hampir tiba di Kuala Terengganu, Fathi mula cuba menghubungi Bos, Mamu dan Senyum yang berangkat dari arah KL. Nampaknya mereka pun sudah semakin hampir ke destinasi.

Malang tidak berbau, jalan yang kami ikut tu ditutup sementara oleh polis trafik kerana ada larian marathon. Oleh kerana sudah larut malam dan masing-masing dah letih, Daim dan Din menawarkan diri untuk bertanya arah jalan pada seorang brader jual burger. Sekali lagi kami hampa kerana brader burger tak dapat menolong banyak. Akhirnya kami terpaksa mencari jalan alternatif sendiri dengan berpandukan Waze dan Google Maps.

Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya kami berjaya mencari jalan lain untuk menuju ke Seberang Marang. Yang menariknya, timing kami dan kumpulan dari KL memang seperti sudah dijanji. Kami tiba di homestay serentak. Hanya Pejo dan Hakimi sahaja yang akan sampai keesokan hari kerana ada urusan kerja. Jam pada waktu itu menunjukkan hampir 3.30 pagi. Setelah berbincang ala kadar mengenai tentatif untuk hari kedua, kami pun masuk tidur. Masing-masing tidak sabar menunggu hari esok.

“Live location” bagi memudahkan kami di sepanjang perjalanan

Food Hunting Trip : Sadao, Thailand

Kalau habaq kat orang utagha nak pi Sadao, negative things will come to mind. Haha but hey, it is more than that! And that’s why we went there last weekend: to eat. 

Sebab nak makan, and have a decent massage session, maka hari Sabtu petang pukul 4 camtu kitorang shoot gi border Thai a.k.a Sadao.

 

Tapi jalan nak masuk border tu jam kemain! Rupanya tengah pesta Songkhran kat Thailand! Wrong timing sungguh. Haha pukul 8 baru sampai Thai ok 😅 Carik parking lagi la nak dekat sejam. Berapa kali kitorang tawaf tempat parking. Alhamdulillah, ada sekumpulan lelaki ni nak keluar dah. Kitorang terus cakap kat dia nak parking dia. After that, beratur for kastam Thai and we finally dapat checked in kat Oliver Hotel. Tu pun standard room dah habis. Ada deluxe room for RM 145/night. Nasib baik bilik selesa & besar.

Malam tu, after washing ourself, kitorang keluar makan-makan. Muzamel dari aritu cakap kena try pulut ayam & daging bakar. Sedap gilos weh! Quite pricy tapi memang sedap.

 

  

 

RM 7 per plate for this mouth-watering food. Takde Thai Baht takpa, sebab jat Sadao ni dorang terima currency RM.

Lepas kenyang makan, kitorang balik bilik. Muzamel call receptionist for massage session: Thai Massage RM 50, and Oil Massage RM 70. Both for 2 hours. I chose Oil Massage. Lega gila badan! Tapi tips #1, better massage petang-petang. Sebab nanti malam-malam, dorang cakap dorang penat lah l, sleepy lah, end up tak cukup pun 2 jam. Mine was 1 hour plus. Tak berbaloi lah kan bayar RM 70. Takpa, next time ada lagi. Hehe

Esoknya, we had breakfast kat hotel before packing things up nak balik.

 

Sebelum balik, kitorang sempat singgah kat kedai pulut mangga. Sedapp sangatttt! Tapi jalan nak gi kedai tu penuh berliku. Mana taknya, it is Songkhran Festival everybody. It is new year day for them, where they shoot each other with water as a symbol of washing away all their sins. Kitorang pun kena jugak. Nasib baik tak lencun hahahaha

   

  

And this is the pulut mangga. Worth every cents sebab mangga dia sedap tahap langit ketujuh! 😂 

 

Lepastu, kitorang bertolak balik ke Penang. Singgah jap kat R&R Gurun makan tengahari kat Ramly Burger Outlet. Ahhh masih terasa sedap burger Ramly sampai rini. Sambil makan tu, Muzamel bagi lecture tentang kisah Ramly ni.

 

  

 

Alhamdulillah, the journey balik Penang only took around 1 hour and half. Balik tu, singgah All Season jap. Plan nak potong rambut Muzamel, tapi full pulak. Terpaksa postpone. So balik je lah. For dinner, kitorang order KFC and lepastu main GTA hahahaha 😂 

Anyway, t’was great weekend! Nanti will come back to Sadao nak makan-makan lagi. Kali ni, Muzamel nak bawak makan kat Riverside camtu lah bunyi dia. Makan atas bot 👍. Alright, will wait! ❤️

Food Hunting Trip : Port Dickson & Malacca

Hi everybodyyy! How was your weekend? Ours was AWESOME! Muehehehehe.

On last friday around 11am, Muzamel texted me and said, “awak saya ambil halfday. Gi pack barang. Jom makan salted egg crab & butter chicken kat PD”. Yeah, that’s how random it was. 😂

  

 Apelagi, kul 12/1pm camtu kitorang gerak shoot ke PD, around 6pm camtu sampai sana for our fav (sebab teringin dari hari sebelum kahwin lagi haha!) Salted Egg Crab & Butter Chicken.

Oh the restaurant’s name is Pantai Ria Restaurant, Port Dickson. 

  

Sedap kannn? Haha kalau makan lagi berjuta kali sedap! Muzamel siap tambah sepinggan lagi nasi 😅

You can choose the size. Kalau kitorang, usually we order medium size butter chicken, small one for baby kailan in oyster sauce, and small size for salted egg crab. Kuah kasi pekat and banyak sikit. And of course 2 plates of nasi kosong. It costs us around RM 100 (GST included). Worth every cents!

After that, terus ke Melaka to have our rest kat rumah family Muzamel kat yang kat Melaka.

Keesokkannya, we had our breakfast kat Selera D’Aisyah not far from rumah nenek Muzamel kat Jasin tu jugak. Kedai tu memang sedap. Selalu orang lepak. (Quoted from Muzamel) I had lontong and roti canai. T’was delicioussss! Muzamel rasa lontong sikit, terus nak satu jugak. 

 

Lunch kat rumah nenek. Nenek masak kari daging & ikan goreng. Petang tu, kitorang dua just lepak and chill kat rumah je main Saidina. I won (of course 😎). Muzamel kata I won just because of luck. Durh. Malu la tu kalah 😝

Later that night around 8.30pm, he brought me out for dinner at Asam Pedas Claypot or also known as Asam Pedas Kota Laksamana. I chose Ikan Pari while he chose Tetel (daging bahagian lemak). Thumb up! Ni first time makan sini, last time datang Melaka kitorang makan kat kedai lain tapi area Kota Laksamana jugak lah. Ye lah, tak sah datang Melaka tak hadap asam pedas. Ye dok?

  

After that hot and spicy asam pedas, terus shoot to our fav cold and sweet dessert; Cendol Durian at Jonker Walk. Uncle kedai tu pun masih ingat Muzamel sampai sekarang. Go try it out people! Kat Bibik Cendol @ Jonker Walk. Sedap gilossssssss! RM 6 per bowl and wallaah! Welcome to food heaven everyone 😁

 

Can you see the yellow one at the middle hole? Thats durian!

Andddd we strolled around tengok gerai-gerai and ended up buying 2 pairs of selipar rumah, tukar screen protector phone Muzamel, and also pouch brader-brader for Muzamel. Hahah! Thats how we called it. Pouch brader. Dia nak sebab senang katanya bila tengok brader-brader gi sembahyang,  duit & phone tayah letak dalam poket. Gantung je.

 

Pouch tu later tunjuk. Muzamel dah angkut gi keje 😝

Here are some shots taken at Jonker Walk.

   

  

  

  

After that, we headed home. Tidur blackout terus sampai pagi. Kenyang katakan 😅

Esoknya, Ahad, after alas perut kat kedai Selera d’Aisyah and lawat nenek, kitorang balik Penang. AND no, belum tamat lagi sesi food hunting, sebab we went to have another round at Pantai Ria PD!  

 

Same menu, sampaikan waitress tu tau dah kitorang nak kuah semua camna.

Kali ni kite bagi close up ciked!

   

    

And this is how I usually eat it. Kuah tu kasi gaul banyak2. 

And ni lah crime scene.

 

 

Haaaaa licin gitu! Dah konyang barulah boleh balik Penang dengan senang hati. Hahaha 😂 

 

Alhamdulillah sampai rumah around 6pm. Lambat sikit sebab hujan lebat kat highway area KL. Sebab tak sempat beli barang basah, kitorang order pizza je for dinner sambil layan Lawak Ke Der.

Thanks Muzamel for bawak jalan-jalan semua. Greatest husband in the worlddd ecewah! 😍😋 (Read: please belanja saya makan lagi)

Stay tune for more upcoming food hunting!

You can see our live update at hashtag #melauniescape in Instagram. 

With love, melauni. ❤️