Pengalaman Kuarantin 14 Hari di Sarawak

Alhamdulillah, baru dapat call from KKM and pihak hotel, esok dah boleh checkout! Malam ni kita start packing balik ya barang-barang.

Esok genap kuarantin 14 hari di hotel which is MANDATORY bagi semua yang masuk ke Sarawak. Alhamdulillah, dapat hotel Grand Margherita yang sangat-sangatlahhh best in terms of servis, layanan, view, makanan, location, eh semualah dan sangat selesa! Paling penting sekali, line internet yang stabil. Sebab laki WFH, so dapat save cuti.

Sebelum gerak dari Kulim lagi, dah prepare checklist dah untuk barang apa nak bawak for keperluan kuarantin. Almaklumlah, ada anak kecik, so mama nya lagi la kena ‘rutit’ kata orang Sarawak( rutit : teliti/cerewet). Moh le kita sharing-maring, tapi ni kira kitorang punya list tau, ikut family masing-masing. Mana tau boleh jadi rujukan untuk sesiapa yang akan dikuarantin.

1. Makanan

FYI, makanan akan disediakan 3 kali sehari: 6.30am breakfast, 12.30pm lunch, and 5.30pm dinner – dihantar straight to bilik hotel. InshaAllah cukup je, tapi biasalah duduk bilik aircond, goyang kaki – kena ada kudap-kudapan haha). So we bring our own foods such as :

  • Maggi cup
  • Roti Gardenia + spread/tuna
  • Ribena cordial
  • Instant Milo, Nescafe and Lipton
  • Sugar cubes
  • Biscuits
  • Sambal Gila by Betty’s Kitchen
  • Sambal hitam
  • Fruits
  • Mineral water
  • Susu Yasmin

Dari Kulim, memang dah pack dah satu beg khas untuk makanan je. Almost 20kg gitu. Sambal tu wajib, sebab laki jenis makan pedas. Haha! Makanan yang disediakan by Grand Margherita pun tiptop. Sedapppppp.  Makanan sepanjang 14 hari kuarantin as attached kat gambar bawah. Memang heaven la, dah la takyah masak, takyah fikir nak makan apa. Tau-tau, loceng pintu berbunyi orang sediakan. Kalau tak cukup jugak, rasa lapar lagi, in-room dining pun ada 24H, hat ni bayaq sendiri naaa.

2. Other Necessities & Laundry

Yes, laundry service ada disediakan oleh pihak hotel, tapi cas atas tanggungan sendiri. Standard harga laundry. So sebab kitorang bertiga je, laundry sendiri sendiri je la, EOD basis. (selang sehari). Bukan banyak pun, lagipun adalah aktiviti nak dibuat kan. So selang sehari, cuci baju and sidai. Cuci pagi ni, pagi esok memang konfem kering dah. Untuk cuci botol susu pun ada, untuk cuci pinggan/sudu/cawan pun ada. Checklist untuk barang ni pulak :

  • Detergent (powder)
  • Downy
  • Hanger (10 pcs)
  • Hanger payung
  • Sunlight dish gel
  • Cleaning sponge
  • Bottle cleanser (for baby bottles)
  • Garbage plastic
  • Wet tissues
  • Mini penyapu

Tisu toilet/ tisu kotak biasa/ toilet amenitites, dont worry. Boleh restock hari-hari, call je hotel. Towel cadar selimut pun boleh nak tukar hari-hari. Tapi kita kena pasang cadar sendiri je la. Dorang hantar new one kat luar bilik.

3. Food deliveries / runner service

Kalau ada barang terlupa or habis, or teringin, jangan risau sis sis bro bro. Kat lobi hotel ada RELA, and diorang boleh tolong hantarkan 2 kali sehari: pukul 12pm dan 5pm sahaja. For example, teringin Burger King untuk lunch, makesure order sampai sebelum 12pm. Kalau sampai pukul 1pm, pukul 5pm baru dorang hantar naik atas. Jadi rancanglah foodpanda/grab anda dengan baik.

Kalau ada family nak hantar barang ke, pun same rules applied. If takda family kat sini, boleh carik runner kat FB. Ramai yangn offer khidmat runner esp beli pampers baby lah, beli barang kat MR DIY, etc.

Entertainment (Android Mi Stick)

Ni bagi kitorang WAJIB. Kitorang pun baru beli sebab nak kuarantin ni. Haha! Pasang kat TV hotel, and boleh lahh K-Drama Marathon ke, abiskan movie yang tertunggak ke. Nak tengok sampai lebam pun boleh. And lagi-lagi bila ada anak kecik ni, Netflix ada endless supply of Peppa Pig dan sewaktu dengannya. Memang savior!

Activities for kids

Alhamdulillah, Yasmin tak pernah pulak cakap bosan sepanjang 2 minggu kat sini. Dia looking forward everyday. Tips dia? Make a routine. Budak-budak sukaaaa sangat rutin. So here is Yasmin’s routine :

8am : Bangun and breakfast

9am : Mandi bath tub

9.30am-12pm : Belajar on weekdays (Math/English/BM/Sains/Pend Islam – buat latihan buku-buku teacher school Yasmin bagi haritu), then Bacalah Anakku, lepas tu Iqra/Muqaddam, and last sekali colouring/puzzles. For weekend, semua yilleek. Haha!

12.30pm: Lunch and screen time

2.30pm- 4.30pm : Nap time

5 – 6.30pm: Tea and dinner + play time (jigsaw puzzles, more coloring, story book reading)

7pm : Bath time! (shower)- yes, mama limitkan bath tub pagi je sebab nanti kelaut kalau main bath tub selalu haha

8pm : Screen time/ family time 9pm : Tidur.

Hari-hari, never fail, dia adhere to this routine. Cuma ada lah sekali dua, bangun pagi pukul 6am, mintak biskut sebab lapar. Or bangun lambat. Chill je, janji anak enjoy, mama happy. Haha!

Activities for Mama

Sebab papa WFH (work from hotel), mama nya kena ada aktiviti sendiri. And bila masa terisi, trust me, 14 hari tak terasaaaa berlalu pergi. Tapi tak boleh aktif sangat, sebab currently 38w pregnant, takut baby keluar awal pulak. So, kita buat aktiviti sedentary biasa biasa je. Haha. (p/s: bag hospital pun dah siap siap ready dah kat tepi pintu in case haaa)

6.30am : Subuh

8am : Breakfast and mandi, laundry.

9.30-12pm : Jadi Teacher Mama (ajar Yasmin haha)

12.30-4.30pm: Lunch, solat, baca komik, netflix, solat, baca novel, etc. Kalau rajin, time ni order foodpanda hihi

5-6.30pm: dinner

7-8.30pm : shower, solat, relax 9pm : tidurkan Yasmin and movie time with Mel.

Tu je la kot dan panjang lebar dah. Kot-kot keluar balik post ni 2,3 tahun akan datang kat FB, boleh la throwback balik pengalaman ni. OK lah, nak kena start packing barang dah. Uyeah uyeah! Esok merdeka, alhamdulillah.

Leave a comment